BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

message di bulan Ramadhan

Ramadhan 2009:

zaman muda..
Scene 1
Ifah      : Abg J, bgn sahur..selamat berpuasa..
Abg J   : Ok..dah sahur. Thanx kejut.
Ifah      : Owh..most welcome..^_^

Scene 2
Ifah      : Salam..Abg J, dah masuk waktu Subuh. Solat tau..
Abg J   : Ok Ifah..

Scene 3
Ifah      : Selamat b’buka Abg J..
Abg J   : Selamat b’buka juga Ifah. Jgn lupa gi tarawih ye.
Ifah      : Ye..huhu..

Ramadhan 2010

Scene 1
Abg J   : Fah, bgn sahur. Dah kul 5 lebih ni. Nape susah sgt nak bgn sahur ni?
Ifah      : Ye, dh bgn ni. (pdhal mata pejam lagi)
Abg J   : Bgn sahur x td? (6.45am)
Ifah      : X..hehe..
Abg J   : Fah ni..Fah tau x, sesungguhnya yang membezakan puasa kita dgn puasa agama lain adalah dgn mkn sahur.
Ifah      : (tazkirah terus gara2 aq xnak bgn sahur) Ok..ok..Fah sahur esok ^_^

Scene 2
Abg J   : Jgn tido lagi..tggu subuh jap lg..
Ifah      : Ye..x tido..(pdhal dh amik port nk tido..haha)
Abg J   : dh solat ke belum ni?
Ifah      : (30 minit kemudian) Dh..dh solat dh td..(gaya ckp mcm 30 mnit yg lps pdhal br 2 mnit yg lalu..hehe)


budak baik.. =)

Scene 3
Ifah      : Selamat b’buka encik buncit syg..hahaha
Abg J   : Selamat b’buka juga bdk busyuk syg..hehe

*2009-msg alert tone-lagu all or nothing
*2010-msg alert tone-teeiioot (xreti la aq nk eja bunyi alert tone sony ericsson tu..haha)

moral of the story: xsalah pun kalau kita take turn mcm ni..tolak ansur mesti ada..hehehe..=P


kuih raya Abg J




Cuti sanan sinun..

Hari ni hari Selasa..hari ni cuti..cuti umum..cuti umum kenapa??
Sebab hari ni kan hari ……………….
MERDEKA!!!


Dah 53 thn Malaysia capai kemerdekaannya..saya sayang Malaysia..(kalau xsyg Malaysia, gi blah jauh2 dari Malaysia..) haish..susah bila rakyat sendiri x reti nak hargai sejarah negara. Tu la, time kelas sejarah sibuk tido. Bukan nak belajar..bila exam, hafal je. Bukan nak faham..lepas tu, lupa. Bila orang lain pijak negara sendiri, xnampak. Kepentingan diri sendiri yg ko sibukkan dulu. Esok, kalau negara ni kena jajah semula, jgn harap la ko nak ada rumah, kete, baju cantik. Keje pn xde la weyh..tempat yg ko ada skang ni pun blm tentu ko ada bl bangsa asing amik negara ni. Ingat sebelum kena.. tu la Malaysian zaman skang. Kalau cikgu cikgi pun xley nak de patriotism dlm diri dorang, cmne next generation nak de patriotism?? We mold our next generation based on what we have today..so, jgn jadi kaduk naik junjung..jgn jadi kacang lupakan kulit..yela, dh senang, lupa segala yg susah..

Teringat 1 peristiwa masa aq F4 dulu. Masa tu ada raptai majlis Pembukaan Bulan Kemerdekaan kat Dataran Pahlawan, Melaka. Sekolah aq anta la 1 group untuk tarian joget seribu. Dalam tempoh raptai tu, lagu Negaraku dimainkan bberapa kali. Foreigners yg dtg masa tu, nk tgk raptai tu ley berdiri byk kali sebyk mana lagu tu dimainkan coz hormat lagu kebangsaan. Yg berjalan, ley stop. Tapi, rakyat Malaysia sndiri nak2 Melayu, wat dunno je. Budak2 melayu kat atas DP tu ley jerit2, lompat2. waktu azan Maghrib n Isya' pn xnak diam. agaknya mkn byk sgt PA kot..=P  tp,de sorg foreigner dr Australia tnya ktorg, "As a student, don't you have any respect to your own country,nation? Looking at ur frens behaving in that way, don't you feel shame?" Beb, xsangka dia tnya cmtuh. dia pertikaikan patriotism Malaysian tau x.. Yg mn baca ni, mesti ckp, ala jwb je la pape yg patut, xpun xde rs pape.. ckp senang la weyh. cb korg ada ms tu..korg tau la malu ke x malu. Bangsa sendiri lak tu..haishh..cmne tuh?? 

Sume pernah masuk sekolah menengah kan..mesti pernah pegang buku sejarah kan?? Pernah nampak ayat ni x??

“Those who do not learn from history are doomed to repeat it”

Ni ayat George Santayana..means, sape yg x belajar dr sejarah, org tu akan ulang sejarah tu. Sama la mcm hidup, if we never learn from mistakes we made, we tend to repeat it again and again. So, you never move on in your life coz you STUCK in that moment..juz think about it..masing2 dh besar kan..??

p/s: need to settle everything before 2weeks holiday..^_^

kisah Anis Nadirah yg gemok

Kaki aq melangkah ke maktab teknik ni pada 13 Julai 2009. Aq ingat lagi masa orientasi tu aq mula kenal kwn2 aq. Tp kawan yg rapat dengan aq Anis Nadirah. Sebenarnya, dia request nak aq tulis tentang dia dlm blog ni. Hehe..sayangkan kawan, ku turutkan jua..eceh~~haha..




si Anis bulat..

Budak ni xde la besar mana..kecik sket daripada aq n xbesar daripada aq..haha..budak ni ada lesung pipit kat pipi dia..(memangla..xkan kat dahi lak.pelik sgt dh tu)haha..dia ni agak sengal2+gila2 mcm aq..sebab tu ktorg ley masuk sekali. Huhu..budak ni ramai peminat tp hati dia minat sorang je..(xley sebut nama)..dia ni manis tau..semut pun hurung dia..langau je tak..hahahaha..

Dia ni asal Teluk Intan, Perak tp skang stay kat Penang. Lahir pd 4 April 1991. Tahun kambing gak. Xde beza pn dr aq..hehe..kitorg ni de sket persamaan..kira untungkan kitorang gak la..hehe..size kasut, seluar, baju sma je..so,kitorang nk tukar2 baju tux de hal la..huhu..tp baju kurung aq xsure..hehe..(sorry anis)

Nak dijadikan cter, waktu Sem 1 dulu, ktorg suka lepak kat tepi tingkap bilik aq. Time tu bilik aras 3 ngadap jln raya..memang best la amik angin. Nak2 time pose dulu..tgk orang gi downtown. Habit ktorg dulu ni, duduk tepi tingkap, dengar lagu jiwang. Ala2 rock kapak tu. Anis la yg ajar aq ni. Haha..aq dgr je. Bkn tau pn sape nyanyi. Masa tu, anis la follower tetap kisah aq..kisah Ramadhan pertama kat maktab teknik ni. Ramadhan Sem 1 bermakna sgt n anis la org paling excited bl dpt tau ttg +ve progress. Paling dia excited masa aq dpt msg “Ya Habibi” & aq dpt kuih raya special hari tu..huhu..anis ni kira tau la kisah permulaan aq ni..hehe..

kisah kuih raya bermula..

Masa tu jugak, kisah anis bermula. Nak dijadikan cter, dorg msg2. Jadi la smpai skang. Aq ingat lagi mcm mn anis lari dalam apartment kat Putrajaya (merdeka) sbb ayat yg dinyatakan oleh someone. Waktu 2 dh la kul 1.30pagi. memang dia lari la dengan baju kelawar nyer. Hahaha..lagi 1 masa aq ym..then, anis dpt tau org yg dia usha tu tau ttg dia. Lagi skali mcm kena hysteria+sawan budak ni (dasat2..). Time tu, aq selamatkan kuih raya tu dlu..haha..

selagi mampu amik gambar, amik je..

Masa nak raya thn lepas, aq, anis, wani n atin kuar gi Jln TAR..gi kul 11 pagi balik 11 mlm..mmg shopping sakan la..tp skang ni, ktorg dh jarang kuar skali. Xpe, de masa lg nnti, ktorg kuar la..hehe..

konon ganas la..(merdeka)



macho la tuh..

Pape pn, aq sayang anis aq ni. Sempena nak dekat raya dh, memori happy2 ktorg thn lps muncul semula. Aq rs syg sgt kat anis aq ni..hehe..so anis, sempena post special untuk ko ni, aq nk mnx maaf byk2 if aq de wat slh dgn ko, penah sakitkan hati ko, penah gigit tgn ko, penah cuit ko mn yg xpatut..haha..sorry ye Anis syg..huhu..semoga bhgia selalu..jgn lupakan aq ye darling..syg Anis Nadirah~~mmuuaahhxx!!

sopan nyer dia..=P



fatin & anis



hasil keje Anis Nadirah..(aq jd mangsa)

p/s: rasanya..hanya tu kisah anis wat masa ni..hehe..gambor pn dh byk tu haa..^_^




Monday, August 30, 2010

Hati..jawablah~

HATI OH HATI…

Andai hati mampu jawab segala persoalan yg bermain dlm kotak fikiran dan kotak perasaan, tentu mudah bagi manusia untuk selesaikan masalah hidup. Tapi, hidup bukanlah semudah tu. (mula nak melalut) =P Orang ckp senyum mampu ceriakan hidup tp senyuman x mampu sembuhkan luka. Lg pedih kalau luka lama berdarah kembali. Doktor pn xtentu boleh rawat lg..kan?

kekeliruan terlampau~

Awak, sy xtau nak ckp cmne tp sy rs xsedap hati awak. Sy pernah ckp kat awak b4 ni tp awak cb bg jawapan yg terbaik sehabis daya awak wlupun awak tau jwpan tu sket pn x tepati citarasa sy. Sy bkn nk menghukum awak tp ssh sy nk ckp semuanya pd awak..
Ok la, straight to the point..skang ni, hati I de kerunsingan+kecelaruan+kebingungan tentang ‘isu’ ni. Antara isu-isu yang dirasai sekarang ni adalah spti berikut:
  •   Sy rasa bersalah sgt pada awak. Sy rasa mcm sy ni kejam pd awak. Dh byk susahkan awak. Selalu mnx tlg awak. Awak cb happykan sy bila sy down, tp alih2 awak yg sakit hati..awak, sy mnx maaf sgt2. Sy xtau apa mslh dgn hati ni. Selalu rs nak memberontak. Tp sume tu bkn slh awak. Mcm mn ni awak? Terus terang sy ckp, sy rs sy x mampu jd yg terbaik utk awak. Yg pasti, sy tetap cb ye awak..
  •      Kekejaman kadang2 muncul. Rasa mcm nk bls segala yg awak dh lakukan. Tp sy x boleh. X sampai hati. Nak marah awak lebih2 pn x boleh awak. Setiap kali sy mrhkan awak, awak mesti sakit..bila awak sakit, sy gak yg risau. so, memang x boleh nk wat camtu. 
  •     Sy maafkan awak tp awak, sy ssh nak lupakan semua yg pernah berlaku. Sy ingat setiap perkara yg berlaku. Sy ingat every inches of the events. Sy x simpan dendam pd awak tp sy mmg x boleh nk lupakan. Memang kena amik masa. Saya harap awak fhm & boleh bagi ruang+masa pd saya.
  •             Awak, kenapa sy rasa sy x adil pd awak? Awak ok je tp sy yang rs camni. Mcm sy ckp td, sy rasa sy ni jahat pd awak. Ntahla awak...hati ni seolah2 nak tarik diri dr terus sakitkan hati awak. Jgn nafikan kenyataan ni awak. Awak pernah cakap tentang ni.. =(

  • Dah nak raya dah & memori setahun yang lalu muncul semula. Dah mcm2 yang kita lalui. Baik senang mahupun susah. Drpd hal kecik sampaila hal besar. 
'when u hurt him'-that's me

Kwn sy pernah ckp, bila kita sakit hati dgn psgn kita, ingat la dunia ni luas. Byk bunga & kumbang kat luar sana. Kalaulah hati ni semudah tu nak tukar perasaan, xde la rs cmni skali. Tp sape yg nak kan perpisahan sedangkan doa yg dipohon hanyalah untuk bahagia kekal abadi. Tp hari x selamanya cerah. Awan mendung pasti muncul. Hujan pasti turun menyirami segala kesedihan bersama air mata. Tapi, mentari pasti muncul semula..and YOU are my SUNSHINE..

so?

Ntah la awak..apa yg rasa skang ni sgt3 keliru. Sy rasa sy ni jahat pd awak. Setahun berlalu tapi kita x mampu untuk faham masing2 dengan baik lagi. Nak memahami seseorang amik masa awak..bukan sehari dua bahkan 10-20 tahun pn belum tentu lagi awak.. awak, dlm hbgn yg melibatkan kasih syg, x boleh ada rs GIVE UP dan awak x boleh stop bagi peluang pd orang lain. Setiap orang belajar dari kesilapan dan yg mampu betulkan kesilapan hanya dengan peluang yg diberi. Jgn cpt bosan dgn masa yang diberi. Sy bukan pakar dlm isu hati. Kalau sy pakar, dh tentu sy xtulis cmni. Sy harap kita mampu belajar tentang diri masing2 lagi. Awak, if ditakdirkan awak bukan dgn saya, anggaplah apa yg awak lalui dgn saya ni sbgai 1 pelajaran bercinta untuk awak supaya perempuan yg akan bersama awak tak akan lalui krisis hati sperti sy. Awak, sy ikhlas sayangkan diri awak..ikhlas awak..ikhlas~~

Sy x cakap yg sy sedih bl bersama awak. bahagia awak. terasa bahagia tu. Tp tipulah kalau dlm bhgia xde duka. Tp dari duka terbit bhgia kan? Thanx 4 everything ye awak.. maafkan segala salah silap sy..jika ada kesilapan yg sy ulang byk kali, sy mnx maaf byk2...contohnya, awak selalu kn tunggu sy bersiap lm. Sorry awak..maaf tulis cmni..tp hati sy keliru awak..KELIRU...sorry dear~~


 apa pun, yang pasti, awak tetap bagi sy peluang untuk senyum dan terus tersenyum... kenangan manis tu pasti ada..bukan hanya pahit..awak pasti ada bila sy perlukan awak..I HEART YOU syg..


p/s: mood aq jiwang mlm ni..tp bkn selalu pn kan..??^_^

Monday, August 23, 2010

Patut atau Tidak??

C.E.M.B.U.R.U
hati terluka+pedih

Apa benda cemburu tu? Ada sesiapa kat sini yang faham dengan jelas & mendalam tentang cemburu? Aq memang x arif lagi x bijaksana dalam isu ni. Huhu..
Ada orang cakap cemburu tu x bagus. Boleh membawa kepada perpecahan, perpisahan, pergaduhan dan per- yang lain2 lagi. Tapi orang yang bagitau semua ni x pernah nak menjelaskan dengan sebaiknya tentang apa yang dia cakapkan. So, mcm2 spekulasi yang dibuat atas statement org tu. Ish3..

So, cemburu tu penting ke dalam sesuatu hubungan? Cemburu tandanya SAYANG or cemburu tandanya DIKONGKONG? Semuanya terpulang kepada individu yang terlibat dalam hubungan tu. Cemburu ni bukan ada dalam hubungan kekasih tapi dalam family & persahabatan pn ada. Ada yang x senang bila tengok kawan dia rapat dengan orang lain..ada yang x senang bila kakak or abang or adik dia rapat dengan orang lain. Setiap manusia perlu ada ruang untuk diri sendiri. Cemburu ni lebih kepada rasa takut kehilangan tp dalam apa pn situasi, perpisahan tetap akan berlaku kan? K.E.M.A.T.I.A.N.

Tapi, dalam hidup perlu ada GIVE N TAKE. Melampau yang teramatlah sangat kalau sebelah pihak saja yang boleh cemburu & sebelah pihak saja yang kena jaga hati pihak sebelah lagi. Manusia tetap ada batas sabarnya. Kalau dah melebihi limit tu, tau la langit tinggi rendah nanti. Jangan sampai sambut raya kat ICU plak ye..=P

Cemburu buta memang merimaskan tapi dalam diri manusia ni ada cemburu. Kalau x cemburu langsung, kata x sayang. Kalau cemburu, kata mengongkong..adoila~~mn satu ni? Tapi ikut la kata tuan punya badan. Kalau dia x suka kita cemburu pada situasi tertentu, xyah la nak cemburu. Kalau kita cemburu, nanti gaduh plak. Malas nak gaduh2 ni. Ikutkan je la..jangan dia buat boleh, kita buat x boleh. Masing2 dah besar kan, pandai2 la fikir apa yang terbaik. Cemburu antara perlu atau tak, terpulang pada diri orang tu sendiri. Apa pun, jangan kita cemburu lebih kat si dia tapi si dia x boleh cemburu langsung pada kita. Just think about it ok~~^_^ 

Sunday, August 22, 2010

Taiping ku~~

Salam ‘alaik..dah lama tak update blog..takde benda sangat yg nak dicoretkan. Sekarang ni dah masuk minggu ke-2 umat Islam berpuasa. Rasa sekejap masa berlalu. Selalunya, zaman muda mudi dulu, kira berapa jam lag ink berbuka..berapa lama lagi nak raya..yela, kecik2 dulu puasa dapat duit. Lebih kurang mcm upah la..memang seronok bila teringat zaman muda mudi dulu..huhu..tapi masa tetap beransur & manusia takde kuasa nak hentikan masa. Semua orang dah siapkan baju raya, kuih raya dah start buat, lagu raya dah berkumandang. Harap2 takde yang kecundang puasa tahun ni (melainkan kaum hawa ^_^).

Sebut tentang puasa, dah sebulan ayah aq ada kat Taiping untuk rawatan kaki tu. Sekarang ni, aq kat Taiping. Tengahari nnti baru nk gerak balik KL. Semalam, doktor cakap ayah kena extend tempoh rawatan. Mak susah hati dengar mcm tu. Yela, almost a month & keadaan mcm tu gak. Ayah tak nak pantang makan..ayah kena pantang kalau ayah nak raya kat Melaka..=)

Aq pun kena jumpa doktor sebab sinus ni. Tp tu la, kena bebel lagi dengan doktor tu..dasat la aq kena pantang. Tp duduk hostel kan, mesti ada option nyer kan doktor..hehe..time nk bayar duit ubat tu,terkejut aq dengar..tak pernah2 ubat aq makan kos mcm tu skali..pil & krim je kot..tp Alhamdulillah, kurang la sket sensitivity hidung ku ini..=P
homestay kat bagan serai~

Bila masuk waktu Asar, selesai solat, aq, kaklang & abang aq gerak la ke bazaar Ramadhan Kamunting, Taiping. Fullamak!! Luas tol kawasan bazaar kat sini..sangat ramai & sangat sesak..Tapi, makanan kat sini murah..rasa pun not bad..kuih-muih tu besar2. Aishh~~naik keneneng mata aq tengok makanan kat situ. Aq rasa la, kalau la classmate aq si Iylia tu ada skali dengan aq, mesti dia la paling gilo nak beli makanan..hahaha..
kesesakan di bazar

Tiga tahun meninggalkan Taiping & kini kembali untuk beberapa hari dh cukup utk aq lepaskan rindu aq. Entahla, suasana kat Taiping ni buat aq selalu bandingkan tempat lain dengan Taiping. Yela, 16 tahun setengah aq membesar kat Taiping, mestilah hati aq lebih kepada Taiping..^_^  walaupun ic aq Terengganu, sket pun aq tak reti cakap Terengganu..hehehe..dua bulan je kot kat sana..

Yang paling penting bagi aq minggu ni, aq dapat jumpa ayah aq yang sgt8 aq rindu..abang aq pun aq tak sempat jumpa after dia turun kapal hari tu..so, minggu ni dapat jumpa semua skali kecuali kaklong & abg din. Ada urusan yang perlu settle by this weekend.. Hurmmm..

Dah nak balik ni, tetiba hati rasa sayu..Ayah, cepatlah baik ye. Balik Melaka.. tak lama lagi nak raya dah..minggu ni abg aq balik Melaka, kaklang jaga ayah plak. Take turn..mungkin cuti nanti, turn aq plak..tak boleh nak bagi mak uruskan semua coz mak dah penat keje then nak fikir mcm2 lagi..takpe mak, ktorang adik beradik kan ada..biar ktorang yang uruskan ayah.. Zakwan demam teruk kelmarin & semalam..plus, dia asthma..tp dia dah beransur pulih..Alhamdulillah..

Rasanya, takde pape dah yang nk dikarangkan..Cuma, b4 balik jap lagi, mak ajak gi tengok tudung..weee~~^_^

Ok guys..have a great day & jangan lupa puasa ye, tarawih jua..kalau tak puasa, ganti tau nnti..=)