BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 6, 2011

anis nadirah ohhh anis nadirah....

saye sayang ANIS NADIRAH(tu je nk gtaw.hikhik) 

Monday, November 8, 2010

Demam panas part 2

            Misi melawat dia pun bermula. Aq gerak ke sana bersama Kak Ha & Abg Syuk. Syuk yang drive kete. Kitorang gerak seawal jam 12.30 tghri…(awal la sangat) =P

            Nak dijadikan cter, aq nak pegi beli bunga untuk bawa ke sana. Kat area Taman Midah takde kedai bunga pun. Yang aq tau kedai bunga kat Leisure Mall. So, singgah la sana & makan skali. Pegi makan kat McD then baru pegi beli bunga. Proses nak pilih bunga pun lama. Ye la, sume cantik & mata aq ni tertarik kat sume. Uishhh…susah ni. Aq pun mula la call advisor terhormat aq. Sape lagi kalau bukan gewe kesayangan Azham tu, si Anis Nadirah Abdul Latif. Huhuhuhu… selepas beberapa minit berkonsultasi bersama beliau, aq pun mula la pilih bunga yang aq berkenan. Well, aq pilih bunga kekwa yg warna putih tu & bunga carnation warna purple tu…comey x??hehehe…

Carnation
Kekwa

setelah siap digubah oleh tokey kedai bunga...

tadaaa!! Untuk yang TERSAYANG~~


Bak kata cina tokey kedai tu, tak pernah orang bagi bunga kekwa pada orang. Aq tnya la nape… Dia kata selalu nya cina bawa bunga tu utk funeral ceremony. Aiyooo!!! Aq gelak je. Aq ckp tak pe coz aq tak ikut meaning camtu. Bagi aq, mana yang cantik & aq berkenan, aq amik je…hehehe…Plus, anis kata bunga carnation bw maksud “FIRST LOVE”. Hehehehe…yeah! FIRST LOVE bebeyh…hehehe…amik je.

Roses

Daisy

Carnation

Teruskan perjalanan setelah maklumkan kehadiran kepada Puan Maznah. Tapi JJJ tak tau kitorang nak dtg. Hehehe… ala2 surprise gitu… sampai Senawang dlm pukul 15:45 camtu. Puan Maznah ckp JJJ kat bilik 337. JJJ ditempatkan di Senawang Specialist Hospital. Ala, hospital kat sebelah simpang nak masuk taman umah dia tu… haaaa…kat situ la. Senang kan nak cari??hehehe… (ntah orang tau ke tak) =P

doktor yg merawat~~

bilik yg didiami oleh JJJ
milik siapakah tangan ini???

Naik la ke wad tu. Cari2 dia tak jumpa. Rupa-rupanya dia kat dalam toilet. Tgk muka dia waktu tu, alahai…..sedey nyer muka dia. Memang nampak lemah. Bila dia dah duduk, aq bagi bunga tu sekali dengan kad yang aq tulis. Hehehehe… suka tengok reaksi dia time tu. Huhuhu… jadi nurse untuk sementara waktu bkn nyer senang sbb nak kena layan kerenah pesakit yg tak berapa sakit. Hehehe… makan bersuap, air kn siapkan, brg2 kena tlg kemaskan…hehe…tak pe la, pengalaman la katakan…practice…practice…practice!!! =P tapi JJJ kn guna oxygen mask tu utk cuci lungs dia... nak keluarkan lendir yg menyebabkan dia batuk teruk. Bak kata Dr. Zul tu, main purpose ubat tu ialah utk buka air ways above the lungs supaya pernafasan berjalan lancar. ye la, nafas JJJ ni pun berbunyi. Mcm lelah tp bkn lelah... cuma, kalau lmbt rawat, mmg can lead to asthma. Syukur Alhamdulillah, JJJ makin sihat... makin kurang batuk nyer... I'm happy for that... ^_^

kad utk si dia

orang sakit dpt bunga & kad
guna oxygen mask...

ngantuk kesan mkn ubat batuk...tidurlah SAYANG~
Then, sembang punya sembang dan sembang, makcik & pakcik pun sampai. Bertegur sapa, bertanya khabar & mcm2 lagi la… then, keluar pegi makan kat restoran masakan thai dgn makcik & nenek. Fuhh..kenyang mkn time tu. Hehehe… JJJ ni, gmbr mak dia yg ok dia pegi delete. so, aq dpt bluetooth gmbr ni je... adoyaiii~~ =P

Puan Maznah bersama bunga ^_^ --ehsan JJJ

Bergerak ke rumah pulak. Refresh diri kat situ then gerak pegi hospital semula. Sebelum tu, tgk TV, main dgn anak kucing, amik gmbr bunga & mcm2 lagi la. Sempat pegi jalan2 lagi kat area perumahan yg mana rumah2 nyer bernilai jutaan ringgit. WOW!! Hahaha…

Orkid kat laman rumah JJJ

Lagi satu orkid...

sempat pegi shopping gak...

Tapi yang pasti, dia nampak ceria bila kunjungan yang ditunggu tiba. Bagi aq, itu dh memadai coz aq bkn doktor untuk ubatkan dia. Ceriakan & happykan dia je yg mampu aq buat. Harap2 dgn ceriakan dia mampu buat dia lebih cpt sihat & terus bersemangat & kuat untuk lawan sakit dia. ^_^ tengok dia dari muram & tak larat bertukar kepada someone yang ley senyum, gelak & bergurau… yup! Dia memang kuat… mcm saya…hehehe…

JJJ makin sihat  ^_^ --ehsan JJJ
Well, dia dh keluar hospital Jumaat hari tu. Dia dh sihat. Alhamdulillah… tapi ubat still kena makan & follow up dgn doktor Zul. Cpt sihat ye awak yang DISAYANGI~~

p/s: - banyak cter yang di share dgn family dia especially dengan mak dia… ^_^ 
       - tak salah pun kalau pmpuan yang bagi bunga dlu kat lelaki... ^.^

Sunday, November 7, 2010

Demam panas part 1

            Bak kata orang, sebab kata2, badan binasa. YUP! Setuju sesangat. Even bkn bdn sendiri yang binasa tapi badan orang lain. Tapi, tu takde kena mengena dengan post kali ni. Post kali ni tentang budak demam.
            Sape yang tak pernah demam memang hebat la badan orang tu… bacteria tak berani nak dekat. Fuhhh! Kebal la badan orang tu…hehehehe… Well, ada seorang hamba Allah yg demam. Orang tu bernama NJH atau dikenali sebagai JJJ… pada mulanya, aq ingatkan demam biasa. Yela, exam dh dekat, dia plak demam… sket sebanyak merisaukan aq.
            Pada 1/11/2010, ktorang contact ok je. Aq dpt free call seminggu dr celcom & blh call number 8pax plan U je. Nasib baikla dr dlu lagi aq dh 8pax kan number JJJ ni. So, hbs je exam untuk paper hari Isnin tu, aq pn call la dia. Siap gelak2 lagi. Sembang & sembang & sembang & sembang sampaila telinga ni dh kebas nak dgr & mulut dh lenguh nak ckp, baru stop. Hehehe…
            Tapi…… malam tu, cara dia msg aq mmg lain. Pendek2 je msg dia. Bl aq tnya busy ke x, dia kata tgh study. Tapi hati aq rs tak senang. Aq fkir +ve je la. Maybe sbb nervous nk exam paper esok nyer kot… lewat tgh malam dia ckp dia nak tido. Tak larat sangat. Rasa badan lemah. Katanya dh makan ubat, aq pn ok je la. Sampai la keesokan harinya, after aq exam tu, on hp, de msg dia. Dia tnya aq dh hbs exam lum. B4 pegi exam pagi tu, aq call dia, mmg lemah tol la suara dia. Berbalik pada dh hbs exam tu, aq call dia. Sembang2 then dia tnya, “Fah tau x abg katne?” ”Abg katne?” “Abg kat hospital.”
            Masa dgr tu, xnak sedey lagi. Aq tak expect la demam nyer tu sampai ke hospital. Mcm sasau jap hari tu. Buat apa pun tak kena. Haishhh~~fikirkan dia je. Mood buat keje pun hilang. Then call. Dgr suara dia yg lemah tu lg la wat aq sedey. Hurmmm… memang nak pegi tengok dia coz nak tau keadaan sebenar dia.
            Malam tu, b4 pegi jenguk JJJ kat hospital pd esok harinya, aq call mak dia @ Puan Maznah. Well, aq dgr dari JJJ memang berbeza drpda apa yang mak dia bgtau. Mengikut fakta dari mulut JJJ, dia kata dia ok tp demam tu bkn denggi. Aq tak puas hati dgn penjelasan tu, aq call la mak dia. Mak dia ckp dia demam panas & suhu badan dia time masuk hospital tu 37.9 degree celcius. Memang sah demam panas! So, mak dia mmg tau aq nak dtg esok tp dia tak. Saje aq tak nak bgtau. Konon surprise la…hahaha… *tak sabar nak jumpa dia esok* Hai la cik hati, sila la bawa bertenang & relax… hurm, tak mampu nak bertenang coz tak jumpa dia lagi, tak tengok keadaan dia…=(

NO Promises!

~JANJI~

Dalam dunia ni tak ada manusia yang tak pernah buat janji. Sebanyak mana seseorang tu buat janji pada orang lain, itu yang kita tak tahu. Tapi, dalam ramai2 yang buat janji tu, ramai mana je yang betul2 tunaikan janji tu. Ramai mana je yang pegang pada janji yang dilafazkan. Tapi, ramai mana pula yang memungkiri janji??

breaking a promise is like breaking someone's heart--PAINFUL

Tak kisah la janji sesama kawan, dengan family, dengan kekasih hati or dgn sape2 pn, janji tetap janji. Kan?? Sape yang tak pernah rs sakit bila orang yang berjanji tu mungkiri janji? Mungkin ada tp minority rasanya… hurmmmmm… mungkin orang yang mungkiri janji tu ada sebab tersendiri tapi kadang2 reason janji tu dimungkiri agak tak munasabah. Well, terpulang pada individu tu nak terima alasan tu camne tapi lain orang lain cara penerimaan & penilaian dorang. Kan? Kan? Kan? Tapi dalam proses nak terima reason tu agak sakit & pedih coz reason yang kita tak sangka terpacul dari mulut org tu. Haishhhh!!! Janji..janji..janji.. mcm dah naik muak dgr perkataan janji tu tapi apakan daya, mulut & hati manusia tak pernah berjanji tapi tak semua janji dianggap serius.

say NO to empty promise!!

Fobia untuk berjanji??? Huh! Tu bukan benda asing. Dah ramai ckp camtu. Tapi tu la, mmg senang hati nak terima janji tapi bila dh terluka dgn janji yg dimungkiri, ada cara untuk berpatah balik ke??? Luka tu tetap ada. Tetap ada dan tetap ada. Yela, luka dalam hati, sape yg nampak & sape yg boleh sembuhkan? Doktor pakar dunia pn tak mampu. Yela, mksdnyer, ada ke doktor dlm dunia ni yang dpt sembuhkan sakit hati & luka dlm hati tu dengan hilangkan ingatan seseorang mengenai perkara pedih tu?? Huh! Orang gila pn ramai gila sebab benda2 sakit hati. Itu maknanya, dorang lagi la tak lupakan tentang perkara sakit hati tu… kalau dorang dapat lupakan, sudah tentu dorang akan jadi waras semula & doktor sakit jiwa pn ramai hilang keje… =P

Hurmmmm… motifnya, nak berjanji & nak terima janji kena hati2. Takde manusia yang sempurna so memang parah kalau kita salah buat keputusan berkaitan perasaan ni. Jadi, pertimbangkanlah sebelum buat janji yang takde hitam putih ni. Uissshhhh!! Sakit hati beb klu parah sebab ni. Ish…ish…ish…^_^

learn how to keep a promise

Berhati2 lah dalam berjanji kerana jika gagal untuk berjanji, pasti akan ada yang melukakan dan yang terluka…so, jgn jadi yang terluka dan jgn jadi kejam dgn melukakan orang lain….

jujurlah pada hatimu seperti yang dijanjikan...

**ini adalah pesanan untuk semua lapisan masyarakat. Tiada pengkhususan kepada pihak atau individu tertentu. HARAP MAKLUM.

Wednesday, November 3, 2010

P.U.T.R.A.J.A.Y.A


HELLO PUTRAJAYA!!!! 09/10/10

Yup, hello Putrajaya. Satu perjalanan yang aq sendiri tak sangka akan berlaku. Bukan tak pernah sampai Putrajaya… Dah banyak kali dah. Cuma, kali ni agak berbeza coz aq pergi Putrajaya bersama yang tercinta dan bertemu dengan ahli keluarga beliau dan saudara mara beliau. Saudara mara??? Yela, saudara mara la. Bukan persatuan mara…aiiyyoooo~~hehe…

Ok, perjalanan bermula seawal jam 10 pagi. Sebelum gerak, ckp nak pakai baju sedondon. Bila dia sampai, buka je pintu, tengok2 dia pakai baju HIJAU!! Perghh..time tu, rs panas je hati ni. Janji nak pakai baju OREN. Aq pun mulakan adegan kecik ati aq. Yela, janji lain tp wat lain. Pastu, dia dengan gelak2 sambil mengukir senyuman dia yg manis tu dia ckp, “Tak pe Fah…kite singgah umah abg jap, abg gi salin baju.” Aq pun ok je la. Tp diam je. Dia pn tnya aq nak dia pkai lengkap or tak. Aq ckp, “SUKA HATI.” Then, sampai Penara, dia gi salin baju, aq stay dlm kete sambil belek handphone dia. Then, few minutes after that, dia pn sampai kat kete semula. Senyum je aq tengok dia dgn baju oren…hehehe…*pandai dia amik hati aq* dia pun senyum je. Tp de yg beza…minyak wangi dia…mak aihh! Menusuk hidung, jiwa, kalbu…hahahaha..perfume kete pn tenggelam dgn bau perfume dia…*itulah Nurjailam saya*

Dewan berlangsungnya majlis tu...

Jalan dan jalan…..sampai la di Putrajaya. Seperti yang disangka, keluarga pihak lelaki telah tiba di destinasi yg ditetapkan iaitu MASJID BESI. *keluarga pihak aq mmg la tak de coz ni majlis family dia* =P  then, bertemu la dengan family dia. Tapi, kali ni, abg long dia n adik bongsu dia tak de. Tapi Ain ada. Nak dijadikan cter, family dia dari ayah nyer sampai la adik dia n aq, sume oren…hehehe…



AIN--adik Jai

Majlis yg ada kat masjid tu pd hari tu ialah majlis aqiqah anak kepada sepupu Jai ni. So, memang ramai la. Majlis tu wat kat dewan kat masjid tu.  Mknan byk sgt2. Paling top, kambing panggang…yg tu mmg irresistible…huhuhuhuhu.. paling aq tak ley lupa time kat meja makan tu, aq diapit oleh mak n JJJ… mak dia yg suro aq duk sebelah dia n katanya, “Ifah duduk sebelah makcik, Jajai duduk sebelah Ifah.” Baik makcik, sy menurut perintah. Hehehehe…

Puan MAZNAH--mak Jai

Puan JEMAAH--mak saya

motif????

Then, makan punya makan, sembang punya sembang, sesi berkenalan dgn sepupu sepapat beliau pun selesai. After salam family dia, aq n si dia pun gerak balik. OTW nak balik tu, nampak port cantik nak amik gmbr…hehehe.. kat bridge depan PICC. Then, pose sana, pose sini. Hehehe…terasa mcm amik gmbr honeymoon. Hahahahaha… pastu de sesi pemberian surprise. ^_^ pemberian coklat kpda si dia. LOVE chocolate…. *klu de bunga lagi best. Tp si bunga bg bunga pd si kumbang*


bak kata dia "macam honeymoon" =P

tgn Jai yg amik gmbr ni...



penuh gaya yg ...........

tak reti pose...hahaha...

si dia yg hensem.....


proses pemberian n mkn2 coklat...

candid~~ehsan dr JJJ

Teruskan perjalanan balik. Pastu silap jalan plak. Sampai Puchong. Singgah Tesco Puchong. Hahahahaha… beli pape yg patut. Beli KFC skali. Take away la. Si dia dh ngantuk. Huhuhu… sampai Cheras, ktorg pegi Tasik Permaisuri lak. Makan KFC kat situ. Hehe…then, baru balik. So, hari tu mmg jalan merata2 la kitorg ni. Hehehe…

 p/s: penat kaki ni....tapi happy...^_^ <3

Buka!!Buka!!asyik buka je..bl nak tutup??



~O.P.E.N~
Open in what sense?? Ni open house la. Open house hari raya… Well, on 3rd October 2010, si dia buat open house. So, dia dah jemput org2 yang sepatutnya. Aq plak, datang membantu apa yang patut. Sampai pagi tu agak awal bersama Kak Ha. Sampai2 je terus amik gambar depan gate. Yela, nanti terlupa plak…hehe…dalam sibuk2 pose amik gambar tu, tetiba dia sampai *ntah dari ceruk mana tetiba dia dtg* =P   nak dijadikan cter, dia turun kete dengan bawa tong gas…dalam hati aq berkata, “Wah, gagahnya si pemuda ini.” Hahahahaha…terkesima aq seketika…*poyo lebih*

Highway LEKAS yg kosong di pagi hari

Masih lagi berkabus
Depan rumah si dia--baru sampai

Then, masuk la rumah bertemu ahli keluarga…eh, ahli keluarga dia…paling aq excited time jumpa mak dia. Aq nervous sebenarnya…tapi segalanya berjalan lancar. Proses masak memasak berjalan lancar…proses hidang menghidang pn ok…baik je…^_^   ayah dia atau lebih dikenali sebagai Pakcik Hamzah sibuk melakukan aktiviti menggoreng kat luar rumah… yg len wat keje dapur…

bahan2 utk sayur campur
Ready utk memasak..hehehe..

Dalam tempoh aq wat keje dapur tu, sempat gak aq berkenalan dgn Aunty Raja… well, she’s nice n friendly. No doubt about that. Tapi hari tu, adik dia yang baya aq tu yg bernama Ain, xde kat umah. Dia tak balik weekend tu. So, nak dijadikan cter, tetiba mak dia suro aq masak. Masak sayur campur. Pheww..lega I..hahaha… masak sayur mmg ley sgt…@_@

Tp, ada 1 ayat mak dia yg aq suka… I refused nak masak sayur tu. Aq ckp la aq ni biasa masak kat umah je…then, mak dia ckp, “Eh, ni kan umah gak?” mmg la umah makcik tp bkn umah sy, umah org lain. Then, kuar 1 ayat ni, “Ni kan bakal umah ifah gak…”  senyum je aq…hehehe…InsyaAllah makcik…doakan ye…SAYA MEMANG SAYANG ANAK MAKCIK MAZNAH tu… ^_^

Puan2 dan tuan2, begini la cara memasak sayur campur ye..=P

Then, bl tetamu dh sampai, mkn2, sembang2, hidang menghidang segala bagai, terasa penat lak…rehat jap. Main2 anak2 kucing yg sangat comey kat umah JJJ tu...  Then, after Maghrib baru balik KL dengan bw bekal makanan yg IBU bekalkan…hehe…*mee kari, agar-agar, MEMORIES*

geram giler tgk kucing ni...^_^


Thanx to Mr Nurjailam Hamzah...

p/s: sy HAPPY even xbpe ‘sht’ hr tu…thanx JJJ and family…I HEART u guys…^.^

Monday, September 20, 2010

menjelangnya Syawal


1 Syawal jatuh pada 10 September 2010. Ntahla, tahun ni mood raya macam suram. Tapi, kitorang tetap cube meriahkan diri kitorang & raya tahun ni. Kaklong & husband balik raya Sabah tahun ni. Yela, gilir-gilir balik raya. Nanti balik Melaka plak. Huhu…pagi raya tu, aq & kaklang aq dh siap-siap nak sambut tetamu. Tapi tahun ni, pagi raya hujan. So, orang datang lambat sket. Nak dijadikan cerita, disebabkan tahun ni tak ramai yang datang rumah, kitorang adik-beradik dapat pergi jalan beraya. Raya 1st pergi raya sekitar sini je. Rumah sedara mara. Jadi la…selalunya, memang tak dapat nak jalan raya coz orang datang rumah ni tak putus-putus. Sekali datang, 2-3 keluarga sekali. Memang tak menang tangan nak angkat air, cawan dll. Kiranya, tahun ni mcm tahun kitorang pergi beraya. Hehehe…so, dengan orang yang tak ramai datang, aq & kaklang aq guna peluang ni untuk amik gambar sebanyak yang boleh.

motif???

ni la Zila Junira Zainal Abidin

weng2 pagi raya tu..hahaha

with youngest bro..Muhd Zakwan Jazli Zainal Abidin

with big mdm..luv u mom ^_^

mak aq cukup pantang tgk aq amik gmbr camni..hahaha..
*tak larat aq nak insert semua gambar kat sini..

Hari Isnin plak bersamaan 13 September 2010, tetiba kaklang aq ajak buat rombongan ke Senawang. Aq pun memulakan misi minta izin daripada parents aq untuk pergi beraya sana. Dorang bagi. Apa lagi, kitorang b’4 (aq,kaklang,abg,adik) gerak pergi beraya. Sebelum ke kampung sana, kitorang pergi beraya rumah sedara mara, pakcik makcik kitorang sekitar sini dulu. Bila dah nak beransur petang sket, baru la gerak ke Senawang. Tuan rumah agak rushing coz tau last minute. 

on the way to Mr Nurjailam's house..away to Senawang!!


Ni keje kaklang aq la ni…haish…tapi, selamat gak sampai ke rumahnya. Makcik siap tunggu depan rumah…tak sangka..(terharu)T_T makanan yg dihidangkan pun luar jangkaan. Kembung perut kitorang makan kat rumah orang tu…^_^ jumpa semua family beliau..after ni, rumah tu jadi rumah wajib untuk beraya…hehehe…=P at least, 1st time sampai situ dengan siblings. So, kenal la gak sesama family…tapi, tak dapat nak amik gambar kat rumah tu..segan nyer hal...hehehe...pape pun, raya tetap raya..tapi keje tak pernah surut pun…huhuhu…mood raya pun surut…tapi mood raya org tu tak surut pun…siap berkonvoi raya lagi…=P dia pun dah beraya kat rumah aq gak. Well, memang excited dia dtg...nanti datang lagi ye...^_^

di pagi Syawal ^_^
hehehehe...no komen..

p/s: ‘uncle’…nak duit raya…puasa penuh tau tahun ni…hehehehe…^_^