BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 7, 2010

NO Promises!

~JANJI~

Dalam dunia ni tak ada manusia yang tak pernah buat janji. Sebanyak mana seseorang tu buat janji pada orang lain, itu yang kita tak tahu. Tapi, dalam ramai2 yang buat janji tu, ramai mana je yang betul2 tunaikan janji tu. Ramai mana je yang pegang pada janji yang dilafazkan. Tapi, ramai mana pula yang memungkiri janji??

breaking a promise is like breaking someone's heart--PAINFUL

Tak kisah la janji sesama kawan, dengan family, dengan kekasih hati or dgn sape2 pn, janji tetap janji. Kan?? Sape yang tak pernah rs sakit bila orang yang berjanji tu mungkiri janji? Mungkin ada tp minority rasanya… hurmmmmm… mungkin orang yang mungkiri janji tu ada sebab tersendiri tapi kadang2 reason janji tu dimungkiri agak tak munasabah. Well, terpulang pada individu tu nak terima alasan tu camne tapi lain orang lain cara penerimaan & penilaian dorang. Kan? Kan? Kan? Tapi dalam proses nak terima reason tu agak sakit & pedih coz reason yang kita tak sangka terpacul dari mulut org tu. Haishhhh!!! Janji..janji..janji.. mcm dah naik muak dgr perkataan janji tu tapi apakan daya, mulut & hati manusia tak pernah berjanji tapi tak semua janji dianggap serius.

say NO to empty promise!!

Fobia untuk berjanji??? Huh! Tu bukan benda asing. Dah ramai ckp camtu. Tapi tu la, mmg senang hati nak terima janji tapi bila dh terluka dgn janji yg dimungkiri, ada cara untuk berpatah balik ke??? Luka tu tetap ada. Tetap ada dan tetap ada. Yela, luka dalam hati, sape yg nampak & sape yg boleh sembuhkan? Doktor pakar dunia pn tak mampu. Yela, mksdnyer, ada ke doktor dlm dunia ni yang dpt sembuhkan sakit hati & luka dlm hati tu dengan hilangkan ingatan seseorang mengenai perkara pedih tu?? Huh! Orang gila pn ramai gila sebab benda2 sakit hati. Itu maknanya, dorang lagi la tak lupakan tentang perkara sakit hati tu… kalau dorang dapat lupakan, sudah tentu dorang akan jadi waras semula & doktor sakit jiwa pn ramai hilang keje… =P

Hurmmmm… motifnya, nak berjanji & nak terima janji kena hati2. Takde manusia yang sempurna so memang parah kalau kita salah buat keputusan berkaitan perasaan ni. Jadi, pertimbangkanlah sebelum buat janji yang takde hitam putih ni. Uissshhhh!! Sakit hati beb klu parah sebab ni. Ish…ish…ish…^_^

learn how to keep a promise

Berhati2 lah dalam berjanji kerana jika gagal untuk berjanji, pasti akan ada yang melukakan dan yang terluka…so, jgn jadi yang terluka dan jgn jadi kejam dgn melukakan orang lain….

jujurlah pada hatimu seperti yang dijanjikan...

**ini adalah pesanan untuk semua lapisan masyarakat. Tiada pengkhususan kepada pihak atau individu tertentu. HARAP MAKLUM.

0 comments: